Followers

Friday, 19 August 2011

CORETAN BUAT HAWA

   Wahai hawa, jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkanlah pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah cinta Allah menyinari dan memenuhi kekosongan jiwamu. Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga mencintai Allah.
   Wahai hawa, cintailah keluargamukerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain daripada cinta keluarga.
   Wahai hawa, lelaki yang baik tidak melihat paras rupa. Lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya. Lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya serta kemampuannya menggoncang iman lelaki. Tetapi, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan paling penting agamanya. Lelaki yang baik juga tidak manginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita iaitu perkahwinan.
   Hawa, andai engkau masih remaja jadilah anak yang solehah bagi kedua ibu bapamu. Anadai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu. Andai engkau masih ibu didiklah anak-anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ADDIN Allah.
   Hawa, andai engkau belum berkahwin jangan risau akan jodohmu. Ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrin kerana dikhuatiri dari mata akan jatuh ke hati. Maka, akan tercetuslah salam dari sekaligus disusuli pertemuan.

No comments:

Post a Comment